Keganasan mengancam keselamatan hampir 3 juta orang awam di Syria termasuk 1 juta kanak-kanak.

Keganasan mengancam keselamatan hampir 3 juta orang awam di Syria termasuk 1 juta kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sangat perihatin terhadap kesan kemanusiaan ekoran permusuhan di sekitar zon utara-barat bahagian Syria yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ratusan orang awam dalam tempoh dua bulan serta serangan ulangan ke atas kediaman orang awam meningkatkan lagi angka para pelarian.

Jurucakap UN Stephane Dujarric berkata: permusuhan termasuk serangan udara, pengeboman dan pertempuran tertumpu di kawasan yang dipegang oleh kumpulan bersenjata di Idlib, serta turut di kawasan pegangan kerajaan.

Pada sidang media harian, Dujarric berkata: anggaran 3 juta orang awam termasuk 1 juta kanak-kanak berada dalam resiko ekoran keganasan. Sejak bulan Mei, seramai 330,000 wanita dan lelaki telah melarikan diri dari rumah dan mencari penempatan sementara di kawasan yang padat di mana permintaan terhadapa perkhidmatan adalah sangat tinggi.