PENDAHULUAN

Asas penubuhan NGO ini bermula dengan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Syria serta bagaimana keperluan untuk meringankan bebanan mereka. Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusian di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Tumpuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) sehingga hari ini sudah tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan.

Pertubuhan ini bergerak pada peringkat awalnya dengan nama SYRIA DI HATIKU yang merupakan salah satu sayap dari Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), yang dibina sebagai kesinambungan tradisi ilmu ulama di Syria. Skop utama Persidam ketika itu menanungi dan menguruskan beberapa institusi pendidikan di Malaysia. Bergerak bersama aktiviti pendidikan ini aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Setelah bergerak seiring bersama beberapa tahun, demi mengembangkan lagi dua misi ini menjadi lebih luas, Ahli Jawatankuasa Persidam memutuskan untuk mengasingkan projek kemanusian bergerak dengan sendirinya atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) yang diasaskan pada tahun 2018.

Ketika ini, Insan Care tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja,  bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan.

Sehingga kini misi kemanusiaan Insan Care dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria tetapi juga di Malaysia. Ketika ini, Insan Care juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain dua cawangan di Malaysia.

 

KENAPA SYRIA:

Pada tahun 2011 sehingga kini, masih berlaku siri peperangan di Syria yang mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang melampau di sana. Malah seperti yang diingatkan oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) apa yang berlaku di Syria boleh membawa kepada “krisis kemanusiaan terburuk” dalam abad ini. Menurut mereka juga, sehingga kini lebih dari 5.6 juta rakyat Syria telah berpindah keluar dari Syria dan menetap di negara asing, sedangkan lebih dari 6.6 juta terpaksa keluar dari kampung halaman berpindah ke penempatan lain di Syria. Sebahagian besar dari mereka menetap di kem-kem pelarian yang disediakan di sempadan-sempadan Syria. Malah jika dilihat dengan lebih mendalam, menurut kenyataan Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet bahawa lebih 1,089 orang termasuk 304 kanak-kanak di Utara Syria terbunuh akibat serangan yang dilancarkan sepanjang 29 April 2019 sehingga 29 Ogos 2019 sahaja. Manakala angka yang disebut oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) jumlah kematian bermula dari awal peperangan pada tahun 2011 sehingga Disember tahun 2019, telah mengambil nyawa sekurang-kurangnya 585,000 nyawa.

Semua angka yang kita sebutkan di atas menunjukkan bagaimana keperluan mereka yang begitu besar dan memerlukan kepada perhatian yang selayaknya oleh masyarakat dunia bagi menyelamatkan mereka dan mengurangkan bebanan yang dihadapi.

432
Volunteer
12689
Happy Children
185151
Beneficiaries

Insan Care Makes Strength

OUR PARTNERS ARE FROM ALL OVER THE WORLD