Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengumumkan kempen bermusimnya (Korban Syria) untuk tahun 2019
Dari apa yang diketahui bahawa ratusan ribu orang di Syria tinggal di khemah-khemah kecil yang tidak melindungi mereka dari panas matahari atau dingin musim sejuk. Ramai yang lain tidak mempunyai khemah, mereka hanya mencari perlindungan di bawah pokok sahaja!
Mereka makan apa sahaja makanan yang kadang-kadang tidak sesuai untuk kegunaan manusia. Beribu-ribu orang telah lupa rasa daging yang menjadi impian mustahil dan jauh daripada mereka, bahkan tidak berani berfikir tentangnya
Mereka sedang menunggu projek Ramadan dan Eid Al Adha (hari raya haji) untuk mendapat bekalan makan atau seketul daging supaya membuat anak-anak mereka gembira
berdasarkan daripada realiti kejam ini, adalah kewajipan dan tanggungjawab kami dalam (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) untuk melancarkan projek “Korban Syria” yang merupakan jambatan bagi orang-orang yang baik hati dan murah hati untuk mencapai mereka yang layak di kem dan rumah anak yatim di syria
Pertubuhan kami sedang bersedia untuk melakukan lebih dari 150 korban tahun ini