Keluarga Abu Kareem

Keluarga Abu Kareem

Keluarga Abu Kareem menjadi keluarga produktif kerana Projek Pendapatan Baik

Apabila kami pindah ke rumah lain dimana kemiskinan, kami bertemu dengan Basil, bekas pemandu yang cedera ekoran serpihan bom dan tangan kanan beliau terpaksa dipotong serta pembuangan limpa. Ia juga menjejaskan paru-paru beliau.

Hakikatnya, 9 ahli keluarga menderita banyak dan hidup mereka dibawah garis kemiskinan, tiadaan elektrik dan air serta hidup dalam kegelapan.

Keluarga malang itu tidak mempunyai pilihan kecuali memintak pertolongan dengan jiran untuk memberikan air. Ekoran keadaan yang sukar, pengeboman dan keadaan kesihatan pencari nafkah tidak mengizinkan, keluarga Basil dianggap keluarga yang menderita.

Berdasarkan keadaan itu, Pertubuhan Insan Care menyokong dan membantu keluarga ini melalui Projek Pendapatan Baik yang menawarkan keluarga pekerjaan yang bersesuian dengan mereka.

Dengan bantuan daripada isterinya dan hasil pendapatan projek yang mencecah 130 dollar sebulan, saudara Basil mampu mengembangkan projek beliau dengan membawa makanan, makanan tin, kekacang dan madu dalam kedianya.

Saudara Basil berjaya dengan izin Allah dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hingga menjadi pasar raya kecil yang ada setiap benda

Saudara Basil berkata ” kejayaan saya bermula apabial saya pergi ke kerja dan berhenti mengasingkan diri. Aku tidak lupa kesukaran yang aku lalui dan dengan itu, aku mula menjual secara kecil-kecilan dan keuntungan yang aku peroleh adalah untuk orang miskin. Dan aku berikan juga dalam 10 dollar kepada saudaraku setiap bulan. Aku anggap cerita kejayaanku dan membantu orang lain adalah jenis perpaduan islam dan mencapai manfaat untuk semua orang.