Derma Sekarang

KEMPEN INFAQ
RAMADAN (13)

Derma Sekarang

TABUNG BANTUAN
KECEMASAN
PALESTIN

Derma Sekarang

My Infaq
Peduli Insan
(Tajaan Bulanan)

Bantu kami menyempurnakan misi ihsan dan kemanusiaan

Kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam mahupun luar negara.Bantuan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka.

Category image

BANTUAN

 Sektor bantuan: Lebih 10 tahun perang berdarah ini berlaku, berjuta-juta rakyat Syria masih menderita dan hidup dalam keadaan yang sangat tragis.
Semakin hari, keperluan mereka semakin meningkat. Sama ada di dalam Syria itu sendiri, di kem-kem pelarian atau di negara-negara jiran seperti Turki dan Lubnan.

Menurut statistik terbaharu, 4 daripada 5 orang rakyat Syria berada di bawah garis kemiskinan. Ini mendorong anak-anak kecil untuk mengambil langkah ekstrim agar terus bertahan dalam kehidupan - seperti anak-anak terpaksa bekerja keras bagi membantu keluarga menampung kos sara hidup. 

Oleh itu, sektor bantuan adalah salah satu sektor terpenting yang sangat diberikan perhatian oleh Peduli Insan. Ini kerana sektor ini memberi tumpuan kepada pemberian bantuan asas kepada pelarian, fakir miskin dan anak-anak yatim di Syria. Bantuan yang diberikan meliputi penyediaan barangan dapur, pakaian dan bantuan lain mengikut kesesuaian serta keperluan mereka. Selain itu, Ia bertujuan agar dapat menangani keadaan darurat seperti bencana dan konflik secara tangkas. Ini bagi meringankan segala mudarat atau masalah yang mungkin berlaku. 

Antara projek-projek sektor bantuan adalah:
Category image

KESIHATAN

Sektor penjagaan kesihatan: Bencana Syria adalah salah satu situasi Kecemasan yang paling berbahaya dan kompleks di dunia, kerana perang telah memusnahkan kemudahan kesihatan di sana. Kadar kecacatan di beberapa kawasan mencapai 30% dari penduduk, dan sekurang-kurangnya 45% dari mereka yang cedera akibat perang menderita kecacatan kekal yang memerlukan perawatan khusus dalam masa yang lama setelah berakhirnya konflik. Di samping keadaan kesihatan yang teruk di dalam kem pelarian di Syria, disebabkan oleh kurangnya rawatan kesihatan memandangkan peningkatan jumlah pelarian yang besar selari dengan sebilangan kecil pusat perubatan di sana. Oleh itu, sektor penjagaan kesihatan dalam pertubuhan berusaha untuk memastikan kesihatan yang baik bagi rakyat Syria dan berusaha menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif, menamatkan wabak dan penyakit berjangkit, dan menyediakan akses kepada ubat-ubatan dan vaksin yang selamat untuk semua orang. Projek kesihatan kami bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan awam dan mencapai pembangunan manusia, terutama di kem pelarian, yang menderita kekurangan perawatan kesihatan. Projek-projek Sektor penjagaan Kesihatan:
Category image

PENAJAAN

Sektor penajaan Sektor penajaan (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) prihatin dengan menaja anak-anak yatim, keluarga miskin, orang-orang berkeperluan khas (OKU) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di kalangan pelarian Syria, dari segi ekonomi, sosial dan psikologi, untuk memperbaiki keadaan hidup mereka sebanyak mungkin, untuk mengurangkan penderitaan mereka dan memberikan senyuman di wajah mereka setelah semua kesakitan dan kesulitan semasa perpindahan yang mereka alami. Projek-projek sektor penajaan:
Category image

PEMBANGUNAN

Sektor pembangunan “Bila anda beri seseorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari, tetapi bila anda ajar seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makan seumur hidup." Sektor ini bertujuan untuk meningkatkan kebergantungan keluarga pelarian yang tidak mempunyai pencari nafkah terhadap kemampuan mereka sendiri untuk memenuhi keperluan mereka, dengan mengembangkan sumber daya manusia dan ekonomi yang ada di dalam masyarakat mereka, dan menggunakan mereka dalam perkhidmatan individu penerima bantuan dan persekitaran mereka. dan oleh itu, kebergantungan penerima bantuan daripada bantuan berterusan dari agensi dan persatuan penderma berkurang, selain meningkatkan kualiti hidup mereka dan meningkatkan semangat mereka, dengan mengintegrasikan mereka ke dalam kitaran hidup yang produktif, melibatkan mereka dalam melayani masyarakat mereka, dan mengembangkan kemahiran mereka untuk mereka nanti menyertai dalam membina semula negara mereka. Projek-projek Sektor pembangunan

Acara Terkini

test

KEMPEN INFAQ RAMADAN (13)

Deadline: 2024-04-09

 KEMBALIKAN SINAR RAMADAN YANG HILANG 
 BANTU LEBIH 300,000 KELUARGA YANG MEMERLUKAN

59%

Jumlah Semasa: RM4775074

Sasaran: RM8000000

test

Kempen Musim Sejuk (12)

Deadline: 2024-02-10

Ratusan ribu keluarga berisiko maut kesejukan...

83%

Jumlah Semasa: RM4170000

Sasaran: RM5000000

test

QURBAN 4 UMMAH

Deadline: 2023-06-29

QURBAN 4 UMMAH

100%

Jumlah Semasa: RM1231900

Sasaran: RM1231900

test

Kempen Infaq Ramadan (12)

Deadline: 2023-04-22

Dunia takkan pernah sunyi daripada pergaduhan. Jika diikuti perkembangan dunia, kita akan lihat betapa tenatnya keadaan negara-negara yang sedang bergolak dan diancam konflik peperangan. Akibat daripada itu, ekonomi negara terjejas teruk dan sekaligus menyebabkan kadar kemiskinan menjadi tinggi. Sumber bekalan makanan, air bersih dan elektrik terjejas teruk.

Ini menyebabkan rakyat menderita kelaparan dan kebuluran. Apatah lagi ketika musim sejuk yang mencengkam, juga ketika panas terik yang memeritkan.

216%

Jumlah Semasa: RM6500000

Sasaran: RM3000000

Tajaan Anak Yatim

AHMAD USU

Ahmad seorang anak yatim berumur 8 tahun.


Ahmad membesar sambil menyaksikan bapanya bergelut dengan penyakit kanser.


Keluarganya melarikan diri ke kem pelarian di luar bandar utara Aleppo setelah mereka kehilangan semua akses kehidupan.


Ketika berusia 7 tahun, bapa Ahmad meninggal dunia. Sejak itu Ahmad tinggal bersama ibu dan kakaknya di dalam khemah.

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

Donate

Abdul Rahman Hilal

Abdul Rahman seorang anak yatim berusia 10 tahun.


Dahulu Abdul Rahman hidup bahagia bersama ibu, bapa dan 3 orang adik beradiknya. Bapanya merupakan seorang buruh binaan bergaji sederhana yang berusaha membahagiakan anak-anaknya. 


Penantian Abdul Rahman berakhir dengan kekecewaan apabila bapanya diberitakan terbunuh dalam penjara kerana menerima seksaan yang berat.


Setelah kematian bapa, keluarga Abdul Rahman berpindah ke utara Syria dan menetap di dalam khemah di kem pelarian yang terletak di luar bandar, utara Aleppo.

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

Donate

MOHAMMAD ABDUR RAHMAN

Mohammad seorang anak yatim berusia 10 tahun.

 

Dahulu Muhammad hidup aman bersama ibu, bapa dan saudara-saudaranya. Ayahnya seorang pekerja bergaji sederhana, namun sentiasa bekerja keras demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya.

 

Namun impian indah mereka tidak bertahan lama. Ayah Muhammad terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang meragut segala impian dan meninggalkan keluarga tempang tanpa ketua.

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

Donate
Anak-anak yatim yang lain >>

Kes-kes kecemasan

Kes Kecemasan " Reem Mubarak"

Bayi 1 bulan tersebut adalah Reem Mubarak, seorang bayi Syria. Sejak dilahirkan, dia telah menghidap penyakit hidrosefalus atau lebihan cecair dalam otak.

Setiap hari, kepalanya akan membengkak sebanyak 1 cm akibat cecair dalam otaknya yang semakin bertambah.

Jika tidak segera dirawat, penyakit ini akan menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada maut. 

10%

Jumlah Semasa: RM1770

Sasaran: RM17600

Donate

Kes Kecemasan " Reem Almuhammad"

Adik Reem Muhamad ialah seorang bayi Syria umur 7 hari yang sangat istimewa. 

Dia tidak dilahirkan normal seperti bayi-bayi yang lain. Dia telah disahkan menghidap atresia usus atau kecacatan pada ususnya.

Sejak lahir, hidupnya penuh dengan tangisan akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. 

100%

Jumlah Semasa: RM6200

Sasaran: RM6200

Donate

Kes Kecemasan " Shams "

Belum sempat membuka mata, Shams, bayi Syria berumur 15 hari telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. 

 

Bapanya meninggal dunia enam bulan lalu sewaktu dia masih dalam kandungan. Dan selepas dilahirkan, ibunya pula telah dijemput tuhan beberapa kemudian. 

 

Adik Shams dilahirkan di dunia tanpa sempat merasai kasih sayang ibu bapa. Dia juga tak mempunyai saudara mara atau keluarga yang lain.

 

Apa yang lebih menyedihkan, adik Shams dilahirkan dengan kecacatan tulang belakang, atau myelomeningocele dan hidrosefalus, iaitu lebihan cecair dalam otak.

 

Kedua-dua penyakit ini sangat serius dan jika tak dirawat segera, Shams mungkin akan mati!

100%

Jumlah Semasa: RM32100

Sasaran: RM32100

Donate
Kes kecemasan yang lain >>
Volunteers

+
Sukarelawan

Happy kids

+
Kanak-kanak ceria

Beneficiary

+
penerima manfaat

Charity

126 +
Projek Amal

rakan kongsi kami

partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
partner
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy